Skip to main content

Gudang adalah tempat, bangunan atau premis untuk menyimpan barang-barang dengan selamat sehingga barang-barang itu diperlukan. Pergudangan merangkumi semua aktiviti yang berkait dengan penyimpanan dan penstoran barang-barang di dalam gudang. Gudang dapat didefinisikan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang. Selain itu, gudang juga dapat ditakrifkan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan dengan cara yang selamat sehingga barang-barang tersebut diperlukan.

Manakala pergudangan dapat didefinisikan sebagai aktiviti penyimpanan barang dengan selamat di gudang sehingga barang itu diperlukan di pasaran. Pergudangan adalah proses setelah produksi dimana peniaga terlibat dalam keputusan menyimpan atau tidak.

Itu lah serba sedikit tentang penyimpanan dan pergudangan sebelum saya menceritakan perkhidmatan yang disediakan oleh Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd. Kami mempunyai gudang sendiri di Serdang dan juga Kuantan. Di gudang kami tersimpan stok kotak-kotak Nizaf Mover yang baru masuk. Dan juga tempat sementara menyimpan barang-barang pindah sebelum dibawa ke tempat baru.

KENAPA PERLU SIMPAN DENGAN NIZAF MOVER & LOGISTICS?

DIJAMIN SELAMAT

Barang – barang yang dipacking dengan kemas terjaga rapi untuk mengelakkan barang hilang. Kereta yang perlu dihantar ke Sabah dan Sarawak juga disimpan di gudang kami.

SISTEM EFEKTIF

Gudang Nizaf Mover & Logistics adalah transit bagi barang-barang yang nak dihantar dari Semenanjung ke Sabah Sarawak dan sebaliknya.

24 JAM CCTV

Jika menyimpan di gudang kami anda tak perlu risau kerana gudang 24 jam dipasang CCTV dan setiap hari dipantau oleh pekerja-pekerja Nizaf Mover.

HARGA YANG KOMPETITIF

Harga berpatutan dengan servis terbaik yang diberi. Penghantaran barang dan kereta dijamin selamat sampai ke tempat yang baru.

Bagi peniaga-peniaga yang membeli barang secara borong dan tidak ada tempat untuk menyimpan stok boleh disimpan di gudang Nizaf Mover & Logistics. Dari situ peniaga dapat jimat untuk tidak perlu sewa kedai kosong nak simpan stok untuk satu tempoh. Rumah juga tidak bersepah dengan stok baru barang yang masuk. Selalu dalam bulan Ramadhan, ada customer yang nak simpan stok kuih raya dan kerepek dengan kuantiti yang banyak di gudang kami untuk sepanjang bulan puasa sahaja. Dari situ anda dah jimat tidak perlu sewa kedai yang kosnya agak mahal. Rumah pun senang nak kemas untuk menyambut ketibaan bulan Syawal.

Leave a Reply